Pages

Tuesday, 26 November 2013

ANGOLA NEGARA PERTAMA HARAMKAN ISLAM , MULA RUNTUHKAN MASJID .




REPUBLIKA.CO.ID, LUANDA – Angola menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut – polisi yang kini menjadi kecaman komuniti Islam di seluruh dunia.
Kerajaan negara itu bertindak lebih ekstrem dengan merobohkan masjid-masjid di negara berkenaan.
Menteri Kebudayaan Angola, Rosa Cruz e Silva berkata, tindakan itu mesti dilakukan untuk menghalang kemunculan jemaah yang bertentangan dengan kebudayaan Angola.
“Proses ini (pengharaman) belum dipersetujui oleh Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia. Sebelum itu diambil pertimbangan, semua masjid akan ditutup,” katanya dia seperti dipetik portal onislam.net.
Kenyataan keras seumpama itu bukanlah yang pertama dikeluarkan oleh pentadbiran Angola., malah Presiden Angola Jose Eduardo dos Santos, sebelum ini menyatakan bahawa penutupan masjid akan menjadi titik akhir pengaruh Islam di negara berkenaan.
Gabenor Wilayah Luanda, Bento Bento juga mengatakan muslim tidak diterima di Angola.
Pada Oktober lalu, penduduk muslim di Luanda dilihat menangisi perobohan menara masjid Zengo.
Data oleh Agensi Siasatan Pusat Amerika (CIA) mendapati, sekitar 47 peratus populasi Angola memeluk agama tradisional manakala selebihnya memeluk Kristian.
Sementara itu, portal MyNewsHub memetik kenyataan pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I Isma, Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, jurucakap kedutaan Angola di Washington dipetik sebagai berkata, berita tersebut adalah tidak benar kerana negara itu masih menghormati kebebasan beragama.
“Republik Angola adalah negara yang tidak masuk campur dalam hal ehwal agama.
“Kami mempunyai banyak kepercayaan (agama), itu adalah kebebasan beragama. Kami mempunyai rakyat pengamal Katolik, Protestan, Kristian, Muslim dan sebagainya,” ujar jurucakap itu.

Sumber rujukan


JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan 

doa-doa pilihan 

info menarik 

FACEBOOK

FAN PAGE UTAMA 

No comments:

Post a Comment