PETALING JAYA - Tiga penghuni terselamat dalam satu kebakaran
membabitkan rumah banglo dua tingkat di Persiaran Burhanuddin Helmi, di
sini, kira-kira jam 6.40 petang semalam.
Jiran yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia bersama
isterinya sedang menyediakan makan malam di dapur kira-kira jam 6.40
petang dan ketika keluar rumah, api sudah marak dan rumah banglo dua
tingkat itu diselubungi asap tebal.
“Saya terdengar letupan sebanyak tiga kali dari luar rumah. Apabila
saya keluar, saya nampak seorang lelaki tua bersama dua anaknya berlari
keluar selamatkan diri," katanya.
Lelaki berusia lingkungan 60-an itu berkata, sebaik sahaja terlihat
kebakaran itu, dia terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan dan
orang ramai cuba menyelamatkan ketiga-ketiga penghuni rumah yang
berumur lingkungan 20-an hingga 70-an itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail
(TTDI), Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala
Lumpur menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.42 petang.
Menurutnya, seramai 40 anggota bomba serta enam jentera daripada Balai
Bomba dan Penyelamat TTDI, Seri Hartamas, Jalan Pantai dan Jalan Hang
Tuah bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.50
petang.
“Setibanya di tempat kejadian, api sudah marak dengan cepat dan
kejadian kebakaran berpunca daripada salah sebuah bilik di tingkat bawah
rumah tersebut,” katanya.
Armdan berkata, api berjaya dikawal pada jam 7.30 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.
Menurut beliau, 95 peratus rumah itu hangus dan bomba masih lagi menyiasat punca serta anggaran kerugian kebakaran itu.
“Ketiga-tiga penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri dan mereka
tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kini sudah dihantar ke rumah
saudara mereka di kawasan berdekatan,” katanya.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FACEBOOK
FAN PAGE UTAMA
Monday, 30 December 2013
BATAL SAMBUTAN TAHUN BARU
KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang.
Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai.
Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan.
“Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua,” katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.
Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.
Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.
Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.
“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
IKAN NAIK KE PANTAI LAHAD DATU
BARU-BARU INI SABAH DIGEMPARKAN DENGAN IKAN YANG MENDARAT DI PANTAI LAHAD DATU.
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan http://ow.ly/fWpDD
doa-doa pilihan : http://ow.ly/f5LiV
info menarik http://ow.ly/f7o7z
sumber rujukan: https://www.facebook.com/rosman.sareh#!/photo.php?fbid=676547675723061&set=a.456857947692036.104562.100001035047054&type=1&theater
UNIVERSITI AL-AZHAR JADI SASARAN
KAHERAH - MESIR. Dua bangunan di Universiti Al-Azhar dibakar pihak
tidak bertanggungjawab selepas Mesir kembali dicemari protes ganas
susulan daripada tindakan kerajaan sementara mengisytiharkan Pergerakan
Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas pihak berkuasa melakukan serbuan dan bertempur dengan kumpulan pelajar antikerajaan.
Menurut media tempatan, bangunan di fakulti perniagaan dan pertanian menjadi sasaran keganasan terbaru itu yang dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan di universiti tersebut.
Menurut laporan AP juga, kelmarin, tiga orang dilaporkan terkorban manakala lebih 200 penyokong IM ditahan dalam insiden pertempuran di Kaherah, selatan Minya dan Delta Nil.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan di beberapa bandar selepas solat Jumaat.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FACEBOOK
FAN PAGE UTAMA
Insiden itu dipercayai berlaku selepas pihak berkuasa melakukan serbuan dan bertempur dengan kumpulan pelajar antikerajaan.
Menurut media tempatan, bangunan di fakulti perniagaan dan pertanian menjadi sasaran keganasan terbaru itu yang dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan di universiti tersebut.
Menurut laporan AP juga, kelmarin, tiga orang dilaporkan terkorban manakala lebih 200 penyokong IM ditahan dalam insiden pertempuran di Kaherah, selatan Minya dan Delta Nil.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan di beberapa bandar selepas solat Jumaat.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
KDN TIDAK KOMPROMI PERHIMPUNAN HARAM : ZAHID
Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut
undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan
Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang memperjudikan keselamatan negara seperti yang cuba dilakukan pihak tertentu, termasuk pembangkang.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan membenarkan budaya subversif politik pembangkang menular, sekali gus mempengaruhi minda rakyat.
Jangan perjudi keselamatan negara
"Saya tidak akan benarkan keselamatan rakyat diperjudikan melalui demonstrasi jalanan pada malam sambutan tahun baharu, bertujuan menggulingkan kerajaan secara huru-hara.
"Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab dan jangan cuba menangguk di air keruh. Mereka perlu hentikan segera budaya politik ini. Rakyat juga perlu berfikir secara rasional dalam mendepani dakyah pembangkang demi memelihara keamanan negara.
“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bersama-samalah kita memelihara nikmat keamanan yang tidak ternilai ini. Jangan benarkan diri diperalat pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
Seksyen 9 (1) APA 2012, akan diguna pakai terhadap penganjur atas kesalahan kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis sebelum tarikh perhimpunan dan Seksyen 9 (5) terhadap peserta perhimpunan. Jika ada sebarang kejadian lain ketika sambutan, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan dalam Kanun Keseksaan.
Mengikut akta berkenaan mereka yang disabit kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 atau penjara dua tahun.
Beliau berkata, selain pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV), polis menempatkan pegawai dan anggota berpakaian awam untuk memantau sekitar Dataran Merdeka.
“Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang degil mengadakan atau menyertai perhimpunan yang dipercayai untuk menggulingkan kerajaan, berkemungkinan didalangi pihak tidak bertanggungjawab termasuk kumpulan penuntut promahasiswa.
“Sehingga lewat petang semalam, lebih 1,600 laporan polis diterima di seluruh negara termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang jelas menunjukkan ramai membantah,” katanya.
Zainuddin berkata, pihaknya juga akan menggunakan teknik ‘Flushing’ (kesan dan bersih) bagi mengesan sebarang objek mencurigakan jika benar ada bahan letupan dipasang seperti yang didakwa dalam satu e-mel sebelum ini.
Ia bagi memastikan keadaan di beberapa lokasi sekitar ibu negara seperti pusat beli-belah Sogo, Hentian Bas Pudu Sentral, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhampiran Masjid Negara, Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara bebas daripada sebarang ancaman.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FACEBOOK
FAN PAGE UTAMA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang memperjudikan keselamatan negara seperti yang cuba dilakukan pihak tertentu, termasuk pembangkang.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan membenarkan budaya subversif politik pembangkang menular, sekali gus mempengaruhi minda rakyat.
Jangan perjudi keselamatan negara
"Saya tidak akan benarkan keselamatan rakyat diperjudikan melalui demonstrasi jalanan pada malam sambutan tahun baharu, bertujuan menggulingkan kerajaan secara huru-hara.
"Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab dan jangan cuba menangguk di air keruh. Mereka perlu hentikan segera budaya politik ini. Rakyat juga perlu berfikir secara rasional dalam mendepani dakyah pembangkang demi memelihara keamanan negara.
“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bersama-samalah kita memelihara nikmat keamanan yang tidak ternilai ini. Jangan benarkan diri diperalat pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
Seksyen 9 (1) APA 2012, akan diguna pakai terhadap penganjur atas kesalahan kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis sebelum tarikh perhimpunan dan Seksyen 9 (5) terhadap peserta perhimpunan. Jika ada sebarang kejadian lain ketika sambutan, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan dalam Kanun Keseksaan.
Mengikut akta berkenaan mereka yang disabit kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 atau penjara dua tahun.
Beliau berkata, selain pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV), polis menempatkan pegawai dan anggota berpakaian awam untuk memantau sekitar Dataran Merdeka.
“Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang degil mengadakan atau menyertai perhimpunan yang dipercayai untuk menggulingkan kerajaan, berkemungkinan didalangi pihak tidak bertanggungjawab termasuk kumpulan penuntut promahasiswa.
“Sehingga lewat petang semalam, lebih 1,600 laporan polis diterima di seluruh negara termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang jelas menunjukkan ramai membantah,” katanya.
Zainuddin berkata, pihaknya juga akan menggunakan teknik ‘Flushing’ (kesan dan bersih) bagi mengesan sebarang objek mencurigakan jika benar ada bahan letupan dipasang seperti yang didakwa dalam satu e-mel sebelum ini.
Ia bagi memastikan keadaan di beberapa lokasi sekitar ibu negara seperti pusat beli-belah Sogo, Hentian Bas Pudu Sentral, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhampiran Masjid Negara, Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara bebas daripada sebarang ancaman.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
KUOTA HAJI PENJAWAT AWAM
Kota Kinabalu: Kerajaan dicadang mewujudkan kuota khas menunaikan haji untuk kakitangan awam, mulai tahun depan.
Ia antara perkara diberi penekanan oleh CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain semakan kadar semua jenis elaun, pencen dan tangga gaji.
Presiden CUEPACS, Azih Muda, berkata cadangan itu sejajar usaha memastikan tiada kakitangan awam terpinggir atau berkecil hati, selain mengambil kira pendapatan mereka ketika ini yang terus dibebani peningkatan kos sara hidup.
“Kita mencadangkan kuota khas menunaikan haji disediakan kepada kakitangan awam mulai tahun depan, khususnya mereka yang hampir bersara supaya peluang menunaikan ibadat itu lebih cerah berbanding sistem sedia ada digunakan Lembaga Tabung Haji.
“CUEPACS juga berharap kerajaan menyemak semula kadar 231 elaun dalam perkhidmatan awam ketika ini supaya dapat diselaraskan dengan keadaan semasa kerana sudah terlalu lama ia tidak dikaji, antaranya elaun perbatuan, perumahan dan khidmat awam.
Naik ganjaran persaraan
“Kita juga memohon kerajaan menaikkan ganjaran persaraan kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan berbanding 7.5 peratus sekarang,” katanya selepas perjumpaan dengan pemimpin CUEPACS Sabah, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.
Azih turut mencadangkan kerajaan menaikkan Gantian Cuti Rehat (GCR) kakitangan awam kepada 180 hari berbanding 150 hari sekarang, selain menimbangkan kadar pencen bulanan kakitangan awam yang bersara kepada 80 peratus daripada jumlah gaji terakhir mereka.
Keluarkan 20 peratus wang pencen
Pada masa sama, katanya, kerajaan diminta memberi kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk perbelanjaan menunaikan haji, umrah atau pendidikan anak.
“CUEPACS juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan mengenai isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.
Katanya, pihaknya menerima aduan mengenai arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lalu dan tahun ini.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
PM UMUM 11 LANGKAH PENJIMATAN SEKTOR AWAM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.
“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Langkah berkenaan ialah:
- Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
- Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
- Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
- Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
- Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
- Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
- Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
- Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
- Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
- Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
- Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
DILIBAS BIAWAK KOMODO
IPOH – Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), cedera selepas dilibas seekor biawak komodo ketika menangkap haiwan liar itu di Batu 5, Tambun, di sini, semalam.
Pegawai Waran, Roslan Sulaiman berkata, JPAM Daerah Kinta menerima panggilan pada kira-kira jam 12.15 tengah hari dari seorang penduduk yang terlihat reptilia itu dalam sebuah pembetungan di situ yang dijadikan sarang haiwan terbabit.
Menurutnya, penduduk mendakwa kehilangan haiwan ternakan haiwan yang dipercayai angkara biawak itu.
“Biawak seberat 58 kilogram itu agresif ketika cuba dibawa keluar dari pembetung itu. Seorang anggota merangkak masuk bersama tali jerut.
“Anggota JPAM terpaksa bergelut dengan biawak jantan itu selama kira-kira 40 minit sebelum ia berjaya dijerut dan ditarik keluar,” katanya ketika ditemui di Pejabat JPAM Daerah di sini.
Roslan berkata, anggota JPAM, Hafizal Jamaluddin mengalami kecederaan pada lengan kanannya selepas dilibas ekor reptilia besar terbabit dan sudah diberikan rawatan.
Katanya, beliau sendiri hampir digigit dan selepas berjaya ditangkap serta diikat, haiwan itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
REALITI PAHIT MENJELANG SESSI PERSEKOLAHAN BARU
TINGGAL dua hari lagi sebelum sesi persekolahan yang baru bermula. Setinggi mana pun semangat kita untuk TURUN dalam himpunan aman membantah kenaikan yang berlaku, kita masih mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan iaitu membeli barang persekolahan anak-anak kita.
Saya tertarik dengan satu poster yang dikeluarkan, mendedahkan anggaran perbelanjaan bagi seorang pelajar untuk sesi baru persekolahan. Satu hakikat pahit yang perlu ditelan. Bantahlah sekuat mana terhadap kerajaan ''kesayangan'' kita, kita tentunya tidak mampu membantah kehendak anak-anak kita untuk kelihatan serba baru di awal persekolahannya.
Situasi semakin teruk apabila selepas seminggu kita menghadapi karenah anak-anak, datang pula surat atau permohonan daripada pihak sekolah. Yuran sekolah, yuran PIBG, yuran kelas, yuran persatuan, kelab, badan beruniform, dan lain-lain.
Cukup sebulan, datang pula surat permohonan derma, jemputan ke majlis graduasi atau jamuan yang disertakan dengan bayaran tiket, lawatan kelas, perkhemahan perdana, dan pelbagai lagi aktiviti yang menuntut jumlah wang yang tidak pernah kita bayangkan. Ingatkan selesai selepas kita membeli set alat tulis baru buat anak-anak kita, tetapi tidak!
Di sini, sebenarnya datang peranan guru dan ahli PIBG sekolah. Dalam keadaan negara kita yang semakin hari, semakin tinggi keperluan hidupnya, peranan pembuat dasar sekolah harus dimainkan. Para guru dan ahli PIBG harus mula berfikir tentang nasib golongan kebanyakan sebelum membuat polisi yang membabitkan kos dan wang ringgit.
Rakyat kita sangat memandang tinggi institusi pendidikan sebagai satu tempat untuk mereka mengubah masa depan mereka melalui anak-anak mereka nanti. Janganlah menghampakan harapan mereka dengan beban-beban kewangan yang tidak masuk akal sehingga harapan itu bertukar menjadi satu tindakan memberhentikan anak mereka dari sekolah kerana kondisi kewangan yang ridak mengizinkan. Alangkah malangnya nasib anak-anak kita.
Pengalaman peribadi yang pernah bersekolah di pelbagai jenis sekolah, sekolah swasta, sekolah kebangsaan, sekolah berasrama penuh dan sebagainya, memang kos 'tambahan' yang dikenakan oleh pihak sekolah jika ditambah dari segi purata tahunan memang sangat banyak.
Ditambah dengan sikap beberapa guru yang mewujudkan satu suasana yang tidak selesa kepada pelajar-pelajar susah mengeruhkan lagi keadaan.
Pelajar-pelajar yang bajunya lusuh, kasutnya tidak berkapur, corak lencana sekolah dan tag nama ditukar setiap tahun dan perlu dijahit di poket baju, buku latihan yang banyak; matematik 1,2, dan 3, pakaian hari Jumaat, baju batik sekolah, baju sukan berlambang sekolah, baju asrama, buku laporan, fail peribadi dan sebagainya, golongan yang tidak mampu menampung kos membeli keperluan ini dicemuh oleh pihak sekolah, dimalukan di hadapan pelajar lain, diejek kawan-kawan sekelas sehingga mereka takut dan seterusnya memaksa ibu bapa mereka untuk memperuntukkan wang untuk membeli keperluan tersebut.
Tidak hairan isu kecurian di asrama biasa didengari dan isu pakaian hilang sering dialami para penghuni asrama pelajar. Manakala di rumah ibu bapa bukan sahaja pening dengan laporan disiplin anak mereka tetapi juga tertekan dengan perbelanjaan hidup yang semakin menekan.
Seruan ini saya tujukan khas buat guru-guru yang saya hormati dan sanjungi, juga buat ahli PIBG yang banyak membantu pengurusan pihak sekolah, fikirkanlah dasar dan polisi yang membantu pihak ibu bapa.
Kurangkanlah perbelanjaan yang tidak patut, santuni para pelajar yang susah, dan bantulah mereka. Selain itu, suasana serta sifat murid-murid di sekolah harus dijaga agar golongan yang kaya tidak menghina yang kurang berupaya.
Guru-guru harus menjadi agen kesedaran buat murid-murid, menyemai perasaan kasihan terhadap yang kurang bernasib baik, memperjuangkan keadilan dan sikap bantu-membantu.
Pengenalan tabung anak yatim, tabung prihatin, skim takaful, dan model-model yang membantu meringankan beban pelajar-pelajar susah harus difikirkan bersama oleh guru dan PIBG.
Guru-guru ekonomi dan matematik selain mengajarkan buku teks dan teknik menjawab soalan SPM, harus memperingatkan pelajar keburukan sikap boros, mengutuk pembaziran, ketirisan, serta mengajarkan cara perbelanjaan secara berhemat kepada pelajar agar satu hari nanti kalimah-kalimah seperti ''tol akan naik'', ''jika ayam mahal, jangan makan ayam'', dan ''harga gula naik langkah mengurangkan diabetes'' tidak akan kita dengar lagi.
Akhir kata, inilah masanya buat golongan pendidik yang direkodkan seramai 420,088 yang bertanggungjawab terhadap 5,222,531 pelajar dari prasekolah sehingga menengah (sumber: portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia) menunjukkan solidariti mereka menentang kenaikan kos keperluan hidup dan bersama-sama golongan kebanyakan.
Kini gaji RM12,000 pun sudah terasa susah, apatah lagi anak-anak didikan kita yang mungkin anak kepada pekebun, nelayan, dan penoreh getah.
''dan tidaklah Tuhanmu membinasakan penduduk sesuatu kaum dengan zalim selagi mana masih ada golongan yang menyeru pada pembaikan'' (Surah Hud: 117)
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
ANJAKAN KUTUB BUMI
KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.
Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.
Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.
Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.
Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.
Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.
Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
Medan magnet bumi berganjak
Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.
Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.
Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.
Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.
Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.
“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.
Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
Waktu lebih singkat
Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
204 PENDUDUK TIOMAN TERKANDAS DI MERSING
ROMPIN – Seramai 204 penduduk Pulau Tioman yang terdiri daripada 50 keluarga telah terkandas di bandar Mersing, Johor, kerana tidak dapat pulang ke pulau disebabkan perkhidmatan pengangkutan bot yang tidak beroperasi.
Difahamkan, perkhidmatan pengangkutan bot di jeti tersebut tergendala daripada beroperasi seperti biasa sejak 23 Disember lalu akibat cuaca buruk dan ombak besar di perairan Mersing.
Bagaimanapun, terdapat 25 orang yang terdiri daripada lima keluarga yang tidak mempunyai saudara di sekitar Mersing terpaksa ditempatkan di Balai Raya Kampung Air Merah sejak semalam kerana tidak sanggup lagi bermalam di hotel disebabkan tidak mampu menanggung kos penginapan.
Manakala baki penduduk lain yang turut terkandas masih mampu menginap di hotel-hotel di sekitar bandar Mersing dan ada juga yang menumpang di rumah saudara mara.
Dalam pada itu, Adun Endau, Datuk Abdul Latif Bandi turut melawat mereka yang terkandas itu sambil menghulurkan bantuan.
Sementara itu, nasib mereka yang terkandas turut mendapat perhatian Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussin yang turut turun padang bersama dengan Pegawai JKM Rompin untuk menyerahkan barangan keperluan asas seperti tilam, selimut dan makanan.
“Pihak saya akan sedaya upaya menguruskan bantuan ihsan bot Jabatan Laut Pahang untuk menghantar mereka yang terkandas ke Tioman pada 30 Disember ini namun ia tetap bergantung dengan keadaan cuaca semasa,” katanya.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
KEMAMAN DILANDA BANJIR TERBURUK DALAM 50 TAHUN
KEMAMAN - Kemaman menjadi lumpuh apabila dilanda bencana banjir baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga kini.
Bekalan elektrik dan air bersih terputus, pencawang dan loji terjejas sementara perhubungan telefon turut terganggu.
Balai polis, balai bomba dan penyelamat, sekolah serta pusat kesihatan dinaiki air sehingga mencecah 1.5 meter.
Pergerakan pengangkutan banyak yang terhalang sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk memasuki kawasan yang terputus hubungan bagi memindah atau menghantar bekalan keperluan terutama makanan kepada mangsa.
Bencana bah di Kemaman kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 50 tahun dan ada yang menganggapnya ibarat dilanda tsunami kecil.
Kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut tenggelam seperti Felda Neram Satu, Cheneh, Binjai dan Geliga.
Apabila banjir mula melanda pada 2 Disember, ia hanya membabitkan 133 mangsa, namun jumlah itu meningkat secara mendadak dan melepasi angka 1,000 orang pada
keesokan harinya dan melebihi 8,000 orang pada hari ketiga.
Kemuncaknya ialah pada 7 Disember, apabila lebih 19,000 mangsa terpaksa berpindah.
Tidak hairanlah Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia merupakan orang yang paling bertungkus-lumus memantau keadaan dan tidak kenal penat lelah bertemu dengan para mangsa dan membantu mereka sedaya mungkin.
Seorang mangsa Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih masih dapat mengingati bagaimana beberapa buah rumah malah kedai makan miliknya sendiri dihanyutkan air.
Beliau sekeluarga terpaksa meredah air banjir di tengah malam akibat air naik secara mendadak.
"Air yang mengalir deras melanda kampung saya tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara ini satu masa dahulu," katanya.
Keadaan banjir luar biasa turut melahirkan semangat pengorbanan luar biasa dalam kalangan pasukan keselamatan dan penjawat awam.
Pada satu ketika, enam petugas termasuk seorang doktor dan jururawat serta kakitangan pejabat daerah terpaksa menyabung nyawa apabila bot yang mereka naiki terbalik dalam perjalanan ke sebuah kampung.
Mereka berpaut pada bot berkenaan sehingga mereka diselamatkan sebuah lagi bot pasukan keselamatan.
Anggota polis dan bomba serta kakitangan kesihatan masih sanggup bertugas walaupun keluarga dan rumah mereka sendiri terjejas akibat banjir.
Seperti yang dikatakan Ahmad Shabery, pastinya mangsa banjir masih lagi berduka kerana segala harta benda mereka musnah, namun bencana tidak pernah mengikis semangat mereka untuk meneruskan kehidupan. - Bernama.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
Sunday, 29 December 2013
KUTUB MENYONGSANG PADA 2015?
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FAN PAGE UTAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)