Pages

Monday, 30 December 2013

RUMAH BANGLO HANGUS

PETALING JAYA - Tiga penghuni terselamat dalam satu kebakaran membabitkan rumah banglo dua tingkat di Persiaran Burhanuddin Helmi, di sini, kira-kira jam 6.40 petang semalam.

Jiran yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya sedang menyediakan makan malam di dapur kira-kira jam 6.40 petang dan ketika keluar rumah, api sudah marak dan rumah banglo dua tingkat itu diselubungi asap tebal.

“Saya terdengar letupan sebanyak tiga kali dari luar rumah. Apabila saya keluar, saya nampak seorang lelaki tua bersama dua anaknya berlari keluar selamatkan diri," katanya.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu berkata, sebaik sahaja terlihat kebakaran itu, dia terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan dan orang ramai cuba menyelamatkan ketiga-ketiga penghuni rumah yang berumur lingkungan 20-an hingga 70-an itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.42 petang.

Menurutnya, seramai 40 anggota bomba serta enam jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat TTDI, Seri Hartamas, Jalan Pantai dan Jalan Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.50 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, api sudah marak dengan cepat dan kejadian kebakaran berpunca daripada salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah tersebut,” katanya.

Armdan berkata, api berjaya dikawal pada jam 7.30 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

Menurut beliau, 95 peratus rumah itu hangus dan bomba masih lagi menyiasat punca serta anggaran kerugian kebakaran itu.

“Ketiga-tiga penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kini sudah dihantar ke rumah saudara mereka di kawasan berdekatan,” katanya.

 Sumber rujukan


JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan 

doa-doa pilihan 

info menarik 

FACEBOOK

FAN PAGE UTAMA






No comments:

Post a Comment