Pages

Monday, 30 December 2013

UNIVERSITI AL-AZHAR JADI SASARAN

KAHERAH - MESIR. Dua bangunan di Universiti Al-Azhar dibakar pihak tidak bertanggungjawab selepas Mesir kembali dicemari protes ganas susulan daripada tindakan kerajaan sementara mengisytiharkan Pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas pihak berkuasa melakukan serbuan dan bertempur dengan kumpulan pelajar antikerajaan.

Menurut media tempatan, bangunan di fakulti perniagaan dan pertanian menjadi sasaran keganasan terbaru itu yang dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan di universiti tersebut.
Menurut laporan AP juga, kelmarin, tiga orang dilaporkan terkorban manakala lebih 200 penyokong IM ditahan dalam insiden pertempuran di Kaherah, selatan Minya dan Delta Nil.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan di beberapa bandar selepas solat Jumaat.

 Sumber rujukan


JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan 

doa-doa pilihan 

info menarik 

FACEBOOK

FAN PAGE UTAMA





No comments:

Post a Comment