Pages

Friday, 6 December 2013

AJAL DALAM BILIK TIDUR.




DUNGUN – “Pagi tadi saya cuba kejutkannya dari tidur, tapi dia tidak menyahut panggilan saya, badannya juga kaku, tak bergerak, saya agak mungkin dia sudah tiada kerana tiada tindak balas,” kata Siti Khadijah Rafae, 34.
Siti Khadijah merupakan anak kepada Meedah Deraman, 51, yang ditemui mati dalam bilik tidur rumahnya dekat sini, pagi semalam.
Menurutnya, ibunya yang berasal dari Thailand itu sebelum ini sudah enam bulan terlantar sakit dan mengalami lumpuh selain menghidap kencing manis.
“Saya jaga ibu sejak beberapa bulan lalu dan kali terakhir saya cakap dengan arwah kira-kira jam 2 pagi semalam.
“Ketika itu arwah minta segelas air kerana rasa terlalu haus,” katanya.
Pihak perubatan yang tiba sebaik menerima panggilan kecemasan mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, menurut sumber Sinar Harian.
Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes kematian mangsa, namun siasatan awal mendapati tiada kejadian jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.

No comments:

Post a Comment