KEMAMAN – Kerugian besar berjumlah lebih RM6.7 juta terpaksa ditanggung
penduduk Kampung Air Putih apabila hampir keseluruhan 135 buah rumah di
kampung itu ditenggelami banjir melepasi paras bumbung selain tiga buah
rumah daripadanya musnah 100 peratus kerana hanyut dibawa arus.
Timbalan Pengerusi JKKK, Yusof Ahmad berkata, banjir luar biasa ibarat
limpahan gelombang tsunami itu menyebabkan kesemua harta benda penduduk
musnah.
Lebih menyedihkan, kira-kira 40 buah kereta penduduk kampung juga
ditenggelami dan dihanyutkan arus banjir hingga rosak teruk menyebabkan
penduduk terpaksa berputih mata.
“Kesemua penduduk mengalami kerugian yang sangat besar kerana segala
harta benda di dalam rumah tidak sempat diselamatkan. Setiap rumah
dianggarkan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000.
“Banjir ini sangat dahsyat kerana ketika kami pulang ke rumah selepas
banjir surut, rumah kami ditenggelami lumpur sedalam kira-kira 0.3
meter,” katanya yang berkongsi kisah sedih itu bersama rombongan Misi
Kemanusiaan Sinar Harian yang menziarah ke perkampungan itu sambil
menghulurkan sumbangan barangan keperluan asas, kelmarin.
Program misi kemanusiaan itu turut mendapat kerjasama Kedai Kasut You Sdn Bhd, Milo Terengganu, Maggi Kuantan dan Bernas Era.
Tanah tapak rumah mendap
Dalam pada itu, Yusof juga terpaksa berhadapan dengan musibah berganda
kerana berlaku mendapan tanah di tapak rumahnya kesan banjir besar itu
hingga rumahnya berisiko roboh bila-bila masa sahaja.
Mendapan itu mengakibatkan tiang bawah rumah papannya tergantung
berikutan mendapan tanah membentuk lubang besar sedalam kira-kira dua
meter.
“Banjir di kampung ini bermula pada Selasa (3 Disember) dan apabila air
mula surut pada Sabtu lalu saya pulang ke rumah. Tapi saya terpaku
lepas lihat ada lubang besar bawah rumah tak ubah seperti lubang lombong
bijih timah.
“Dalam keadaan tiang bawah rumah tergantung dan tidak jejak tanah, kami
sekeluarga tidak boleh masuk ke bahagian ruang tamu dan bilik tidur
rumah kerana rumah boleh runtuh bila-bila masa sahaja,” katanya yang
menanggung kerugian mencecah RM100,000.
Katanya, sejak dilahirkan sehingga usianya mencecah 64 tahun sekarang,
banjir luar biasa seperti yang berlaku kali ini tidak pernah melanda
kampung itu.
“Air naik dengan cepat. Dalam tempoh dua jam sahaja air sudah paras
lutut. Sejak banjir melanda hingga sekarang, saya sekeluarga menumpang
di Klinik Kesihatan Kampung Air Putih kerana anak bekerja di situ. Ada
beberapa keluarga lagi turut tumpang berteduh di situ kerana kami sudah
hilang tempat berteduh,” katanya.
Upah warga Bangladesh bersihkan rumah
Sementara itu, peniaga kedai runcit, Zaleha Salim, 57, berkata, keadaan
dalam kedai dan rumahnya yang ditenggelami lumpur separas betis
menyebabkan dia terpaksa mengupah tiga orang buruh asing warga
Bangladesh untuk menyodok keluar lumpur berkenaan.
Sumber rujukan
JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan
doa-doa pilihan
info menarik
FACEBOOK
FAN PAGE UTAMA
No comments:
Post a Comment