Pages

Friday, 6 December 2013

PELARIAN ROHINGYA DIJUAL.



BANGKOK - THAILAND. Siasatan terbaru membongkar perbuatan tidak bertanggungjawab pegawai imigresen Thailand menjadikan ratusan pelarian Rohingya sebagai mangsa pemerdagangan manusia.

Laporan didedahkan kelmarin menunjukkan, mereka dipindahkan secara rahsia dari pusat tahanan imigresen di negara itu sebelum dijual kepada sindiket.  

Menurut pendedahan itu lagi, pelarian dijadikan tawanan di kem yang dikawal ketat kumpulan lelaki bersenjata berhampiran sempadan Malaysia sehingga ada pihak mampu membeli mereka.

Muhammad Ismail,23, yang nyaris menjadi mangsa mendakwa, pihak berkuasa cuba mengaburi mata mereka dengan melakukan prosedur rasmi.  

"Saya terpaksa menghubungi saudara di Malaysia untuk membayar wang tebusan AS$2,000 (RM6,500) kepada mereka.

"Ramai saudara sakit dan meninggal kerana wabak penyakit, kebuluran ketika ditempatkan di kem tersebut," katanya dalam laporan Press TV.

Sementara itu, jurucakap kerajaan memberitahu kononnya proses pemindahan pelarian Rohingya tiada kaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Kerajaan Myanmar sehingga kini enggan memberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya dan turut melabel mereka sebagai pendatang tanpa izin.


Sumber rujukan


JOM KLIK LIKE FAN PAGE Video Dan Gambar Menarik , Lucu Serta Menghiburkan 

doa-doa pilihan 

info menarik 

FACEBOOK

FAN PAGE UTAMA 

No comments:

Post a Comment